Tabung Kecemasan Al-Aqsa – Aman Palestin

Nama Badan : Aman Palestin Berhad

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif bagi membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.

Maklumat Badan
  • Alamat: No. 1 Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Kegunaan Infaq: Bantuan Kecemasan Al-Aqsa
  • Jumlah Diperlukan: rujuk brochure
  • Tempoh Masa: Tiada had masa
  • Hubungi: Head Office
  • Tel/HP: 03-89267019 / 013-3972018 / 013-6851019
  • Email: office@amanpalestin.net
  • Laman Web: www.amanpalestin.net
  • Maklumat Tambahan: Dilancarkan dengan secara rasminya oleh Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada 8 September 2009.