SEDEKAH KEMANUSIAN TANPA SEMPADAN – ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Nama Badan : ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Islamic Relief merupakan sebuah organisasi bantuan dan pembangunan kemanusiaan antarabangsa yang ditubuhkan dan diasaskan pada tahun 1984 oleh sekumpulan pelajar pascasiswazah yang prihatin. Dengan kehadiran aktif di lebih daripada 45 buah negara di seluruh dunia, Islamic Relief yang beribu pejabat di Birmingham, United Kingdom berusaha untuk menjadikan dunia sebagai tempat selamat dan selesa untuk mereka yang masih hidup dalam kemiskinan. Sehingga kini, Islamic Relief telah membantu lebih daripada 120 juta orang sejak beroperasi. Skop bantuan Islamic Relief merangkumi bantuan kecemasan, pembangunan mampan bersepadu, pengurangan risiko bencana dan advokasi. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan penubuhan Islamic Relief Malaysia pada tahun 2005, bertujuan untuk meneruskan bantuan kemanusiaan Islamic Relief di rantau Asia-Pasifik. Kini, Islamic Relief Malaysia berperanan sebagai pejabat penjanaan dana dan pelaksana projek tempatan dan antarabangsa.

Maklumat Badan
  • Alamat: A-05-01 Paragon Point, Jalan Medan PB5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Kegunaan Infaq: Sedekah kemanusian tanpa sempadan
  • Jumlah Diperlukan: Rujuk brochure
  • Tempoh Masa: Tiada had masa
  • Hubungi: Head Office
  • Tel/HP: 03-89263434
  • Email: info@islamic-relief.org.my
  • Laman Web: www.islamic-relief.org.my
  • Maklumat Tambahan: Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah sama ada nikmat rezeki yang berbentuk wang ringgit, pangkat dan kedudukan mahupun nikmat sihat, bahagia, ketenangan, kelapangan masa dan lain-lain yang kita perolehi dalam kehidupan seharian. Antara cara untuk kita menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah adalah dengan mentaati perintahNya serta berusaha melakukan kebaikan sebagai bekalan menuju kehidupan akhirat yang abadi.Melihat kepada konteks situasi ketika ini, hampir seluruh dunia sedang terkesan dengan impak pandemik Covid-19. Sementara di negara-negara konflik pula, mereka mengalami tekanan berganda dengan ancaman kebuluran, kekejaman, penindasan dan sebagainya. Disebabkan itu, peranan dan pemahaman erti syukur perlu diperkukuhkan lagi agar kita tidak mudah berputus asa juga berkira untuk membantu antara satu sama lain. Ini kerana, sedekah dan infaq merupakan salah satu cabang dalam menzahirkan rasa syukur menerusi perkongsian rezeki yang dikurniakan Allah. Sesungguhnya, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran besar bagi orang yang bersedekah walau sekecil manapun nilainya.